Powered By Blogger

Tuesday, October 26, 2010

sotong kurita "paul" dah mati




Sotong kurita, Paul yang dikenali kerana ketepatan ramalannya berhubung keputusan pertandingan Piala Dunia di Afrika Selatan Julai lalu, mati di akuarium yang menempatkannya di Jerman.
“Pihak pengurusan dan kakitangan di Pusat Hidupan Laut Oberhausen sedih selepas mendapati haiwan yang terkenal dengan ramalan tepatnya semasa Piala Dunia lalu itu, mati malam tadi.
“Paul mengagumkan dunia apabila berjaya meramal tepat pemenang perlawanan melibatkan pasukan Jerman, begitu juga dengan keputusan perlawanan akhir. Kejayaannya merupakan cerita yang lebih besar daripada Piala Dunia itu sendiri,” kata pengurus pusat hidupan laut itu, Stefan Porwoll dalam satu kenyataan.
Semasa Kejohanan Piala Dunia lalu, Paul berjaya meramal tepat pemenang bagi lapan perlawanan, termasuk perlawanan akhir apabila Sepanyol menewaskan Belanda dengan jaringan 1-0.
Semasa ramalan dilakukan, dua kotak yang tertera bendera pasukan bertanding, diletakkan di dasar akuarium.
Sambil disaksikan pemberita-pemberita, Paul akan berenang ke arah satu kotak, mengembangkan tentakelnya dan melekap pada kotak tertera bendera pasukan yang diramal akan memenangi satu-satu perlawanan.
Pusat Hidupan Laut Oberhausen berkata, Paul kini ditempatkan di dalam peti sejuk, sementara pihaknya menentukan upacara terbaik bagi mengenangnya.
Porwoll bagaimanapun berkata, peminat-peminat sotong kurita itu tidak perlu bersedih dengan kematian Paul kerana pihaknya sedang melatih seekor sotong kurita lain yang akan diberi nama ‘Paul’.
“Kami mungkin akan menanam Paul di kawasan pusat hidupan laut ini dan membina satu tapak peringatan kecil untuknya.
“Walaupun ini satu tindakan pelik yang dilakukan untuk seekor hidupan laut, Paul mencipta populariti semasa hidup yang boleh dianggap sebagai wajar dilakukan,” kata Porwoll. – AFP

No comments:

Post a Comment